Warga Emas Rentung Flat Terbakar

Foto

Seorang lelaki warga emas rentung selepas tidak sempat menyelamatkan diri setelah rumahnya terbakar dalam kejadian di tingkat tiga Flat Paya Terubong, Padang Tembak.

Mangsa, Tan Beng Poh, 60, ditemui rentung di pintu utama rumahnya selepas bomba memadam kebakaran.
Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah mental itu mahu melarikan diri, namun mengalami sesak nafas dan rebah di depan pintu rumahnya sebelum tubuhnya dijilat api. Munurut adik mangsa, Tan Beng Hin, abangnya tinggal seorang diri di rumah terbabit sejak enam tahun lalu dan dia mengalami masalah mental selepas kilang tempatnya bekerja ditutup hampir 15 tahun lalu.
“Abang berkahwin dan mempunyai tiga anak, namun dia tidak tinggal bersama isteri serta anaknya kerana penyakit dialaminya membuatkan dia suka berkurung di dalam rumah.
“Hampir setiap hari dia pergi ke pejabat saya di Georgetown untuk mengambil wang dan kali terakhir kami bertemu beberapa hari lalu,” katanya.
Oleh kerana masalah mental dialaminya itu, mangsa suka mengutip dan membakar sampah di dalam rumahnya dan kebakaran ini bukan kali pertama berlaku.
Sebelum ini, jiran mangsa sudah beberapa kali memadam kebakaran dalam rumahnya kerana mangsa kerap membakar sampah dan membiarkan api marak dalam rumah.

“Empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan hampir keseluruhan rumah mangsa hangus dalam kebakaran terbabit.

“Kami masih menyiasat punca kejadian dan selepas api dipadam, kami menemui mayat seorang lelaki yang hangus dalam keadaan tertiarap di depan pintu rumahnya,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

0 Response to "Warga Emas Rentung Flat Terbakar"