Suami meraung lihat mayat isteri di bilik bedah

Husband Finds Dead Wife Abandoned On Operating Table

Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di CHINA merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian.

Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak.
“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil.
CEN_DeadMother_05.jpg
“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya.
Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan.
Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya.
Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal, 

-Mynewshub-

15 Responses to "Suami meraung lihat mayat isteri di bilik bedah"

Anonymous said...

Bodoh punya komen

Anonymous said...

Ya Allah...! Macam x de nilai langsung nyawa manusia di buatnya..!di China selalu berlaku perkara2 yg tak masuk akal dan x berperi kemanusiaan...minta jauhhhh sgt drp berlaku di tanah air berdaulat kita nih..😢😢

Anonymous said...

Kelalaian manusia.. dunia..

Afiq haja said...

Nilai nyawa manusia trlalu rendah skrg ni..

Anonymous said...

Kesian kluarga mangsa...yg komen mcm bodoh tuh x payah komen laa..mcm haram..dah laa komen tk ada kaitan...bangang abadi to #NurulLynne

fana afiera said...

Bodoh punya komen Nurul Lynne...yg x da kaitan baik ko komen kt ruangan bapak kau!!!! SIMPATI PADA KELUARGA MANGSA.....

Anonymous said...

Pernah juga terjadi di Malaysia apabila si isteri mengalami pendarahan yang kronik selepas melahirkan...oleh sebab hospital berkenaan tidak ada darah yang cukup, lalu si mangsa di baa ke hospital lain taoi sudah terlambat...pihak suami ambil saman mahkamah...

Anonymous said...

kesian.. hospital kerajaan mmg lah kan, cuai teramat.. dgn guard dan nurse yg sakai.. yg korg dok marah si nurlynn tu bodoh apahal.. takde akal ke suka2 maki org? lagi bodoh korg ni yg suka suka bodohkan org, pi lantak dia lah nak komen apa.. bukan dia ckp benda tak elok pon.. bangang teramat..

Unknown said...

Dasat tol cleaner dia bley makan siap isap rokok lg sebelah mayat...perghhh

Unknown said...

Kcyan..d perlekehkan wanita yang bergadai nyawa melahirkan...saman pihak hospital blm tentu memulihkan apa yang telah d lihat... Allah akan membalasnya...

Sedih.doktor tu cuai.. (•_•,)/~

Anonymous said...

boleh e cmtu? mana pergi standard procedure diorg? n yg komen kata Hosp gov cuai n nurse gov Sakai tu ko jgn jejak kaki kt Hosp gov e. ko x tau ade jgk kes Hosp swasta x bleh settle hangar ke Hosp gov akhirnya. komen jgn nk condemn org je

Anonymous said...

Cleaner merokok Dan mkn ?Mungkin berbeza di China, tapi di Malaysia bangunan hospital pun sudah mnjadi kwsn larangan merokok,apa lagi di dalam bilik bedah. Makan atau lebih teruk merokok dlm bilik bedah adalah dilarang sama sekali. Apapun Klu berita ini benar, kesian keluarga mangsa..

Unknown said...

777 Jawatan Kosong Yang Akan Di Beri Oleh SPA8 Kepada Warga Malaysia Pada Bulan 8 Ini<a href="http://www.kakibusukjer.com/2014/08/kekosongan-jawatan-kosong-kerajaan-di.html<b>Jom Baca Baca Di Sini Untuk Mengetahui Lebih lanjut tentang Jawatan Kosong Di SPA8</b></a>

Unknown said...

ya allah

Anonymous said...

kesian nya ya allah...apa la nk jd ngn dunia skrg kan,,,pape pon mg nyawa ibu yg melahirkn tggi nilainya,,,nyawa adlah sgala2nya...