Tindakan seorang pegawai JPJ yang membantu mangsa kemalangan harus dipuji. Ridhwan Ismail yang menunggang motosikal cedera di kepala akibat dirempuh sebuah motosikal lain.
Zamri yang juga Pegawai Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, dia melihat mangsa terpelanting beberapa meter akibat kejadian itu.
Menurutnya, lelaki yang melanggar mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat.
Menurutnya, lelaki yang melanggar mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat.
“Saya nampak mangsa terpelanting beberapa meter dan pengsan. Saya bergegas ke arahnya dan meribanya sementara menunggu bantuan ambulans,” katanya selepas melawat keadaan mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
0 Response to "Ribaan menunggu ambulans"
Post a Comment