Seorang pemandu lori yang mahu menghantar bekalan susu tin ke Kuantan tersepit hampir satu jam sejurus lori dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an cuba dibantu orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
Mangsa dipercayai memandu laju sebelum lori berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di laluan berselekoh di kawasan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari orang awam yang secara kebetulan ternampak beberapa susu tin bertaburan di atas lebuh raya.
“Berikutan itu mereka berhenti di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan sebelum terkejut menemui mangsa tersepit di dalam lori.
“Mangsa dikeluarkan orang awam dari dalam lori sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.
Susulan kejadian itu orang ramai mengambil kesempatan mengutip ribuan stok susu tin tanpa menghiraukan amaran diberikan.
“Polis akan bertemu dengan mangsa yang masih mendapatkan rawatan di HB untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
1 Response to "Lori terbalik susu tin bertabur"
sedih pulak bl org islam yang buat macam tu.. kita thu brg tu milik orang lain.. tp kita ambil dan guna untuk diri kita sdiri.. sedih betul :,(
Post a Comment