Ibu maut tayar motosikal pecah

ibu_maut_tayar_motosikal_pecah

Seorang wanita terbunuh selepas motosikal dibonceng terbabas akibat tayar belakang pecah di Lendu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa Sazuha Shamsuddin, 48, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang anak lelakinya, Haikal Abd Hamid, 18, hilang kawalan selepas tayar belakangnya pancit lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.  Anak lelaki mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Abdul Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.


Sumber: Hmetro

0 Response to "Ibu maut tayar motosikal pecah"