Mayat bayi di tapak sampah

Foto

Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang Jalan Rugading Telipok, di sini, hari ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang pengutip sampah di tapak pelupusan sampah berkenaan jam 8.30 pagi. 

Difahamkan, pekerja terbabit menemui mayat bayi di dalam longgokan sampah ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan yang masih boleh digunakan. 

Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan mayat yang masih sempurna dan tidak mempunyi kesan kecederaan.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber:Hmetro

1 Response to "Mayat bayi di tapak sampah"

Kerja Kosong said...

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
Berita penuh --> www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar.html