Mungkin ada benarnya gosip Neelofa Kahwini Kerabat Diraja - Hans Isaac




neelofa
Selepas tersebarnya berita perkahwinan Neelofa yang dikaitkan dengan kerabat diraja, Hans Isaac kini membuka mulut. , Hans Isaac berpendapat gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya. Dalam erti kata lain, mungkin betul Neelofa akan berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.




Kata Hans menerusi Mstar Online:-
Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.
Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat.
Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?
Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan.

Apapun, samada berita ini benar mahupun tidak, sama sama kita doakan yang terbaik buat Neelofa ye. Semakin cantik dan berseri sekarang. 

1 Response to "Mungkin ada benarnya gosip Neelofa Kahwini Kerabat Diraja - Hans Isaac"