Jumpa bayi di tapak pembinaan

Foto

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah tapak pembinaan di Vista Alam Seksyen 14, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, bayi lelaki berkenaan ditemui seorang lelaki warganegara Bangladesh sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas. 
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik dimaklumkan penemuan bayi itu, pengawal keselamatan yang bertugas bergegas kawasan pintu masuk kedua tapak pembinaan berkenaan namun lelaki terbabit menghilangkan diri.

"Bayi terbabit dijumpai masih hidup sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

"Bayi terbabit kemudian dibawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dengan menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan selain polis kini dalam usaha mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh berkenaan melaporkan penemuan bayi itu untuk membantu siasatan.


Sumber: Metro