'Saya buat hanya suka-suka'


“Saya hanya ingin mencuba dan tidak sangka cincin akan melekat di kemaluan,” kata seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpaksa menahan kesakitan lebih enam jam selepas cincin dimasukkan di kemaluannya tersekat di rumahnya di Dewan Beta, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang belum berkahwin terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut. 
Difahamkan, deritanya tidak berakhir di situ berikutan kaedah perubatan hanya mampu mengeluarkan darah beku pada kemaluannya berikutan bengkak dialami selain mengurangkan sakit, sehingga memaksa pihak hospital memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu membantu. 

Dengan bantuan bomba, cincin itu dipotong sebelum dikeluarkan daripada kemaluan mangsa jam 8.15 pagi.

Mengimbas detik cemas itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh tidak menyangka tindakan dilakukan bersendirian itu menyebabkan cincin itu tidak boleh dikeluarkan.

7 Responses to "'Saya buat hanya suka-suka'"

Suku Hong said...

KLIK DI SINI untuk Watch Saxy Wartawan Rebecca Geran On Camera bodoh Merebut Di Los Angeles Clippers Permainan (VIDEO)

Unknown said...

Difahamkan pemuda yg keje 'bodoh' ni blum berkahwin.... tpi wanita yg BERTUDUNG BIRU tu selamba batak je melihat kemaluan pemuda tu tanpa segan silu!

Anonymous said...

dah namanya doc and nurse, naik muak dah kot tgk, batak pon batak jugaklah, mereka kesah apa

Anonymous said...

sibuk nak tgk jgak nurse tu kat blakang tu, doktor sorang ja pun bomba pun 2,3 org...klau nk tgk pun gitu2 je..huhu

Anonymous said...

tetapi batak lagi si jass chong.masa bomba tengah buang bendsa tu mmg doc ngn nurse akan standby sbb lepas tertanggal terus dorang beri rawatan.

Anonymous said...

Pakai pisai je....kasi potong je awang dia ...

shamfariz said...

JOM Belajar Bahasa Thai