Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey | Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.
Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar bunyi itik.
Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.
1 Response to "(VIDEO) Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey"
GEMPAR !! Imej Pontianak Telah Dapat Dirakam CCTV di Plaza Tol
Post a Comment