Datuk lima cucu sunting wanita 54 tahun


Datuk lima cucu sunting wanita 54 tahun selepas setahun kenal melalui Facebook. Warga emas berusia 75 tahun, Mohd Mounie Mek, dari Kampung Serdeng membuktikan usia bukanlah penghalang untuknya berkahwin dengan pasangan yang baru dikenalinya hampir setahun lalu.

Perkahwinan itu juga menamatkan zaman bujang pasangannya, Normah Dollah, 54, yang selama ini tidak pernah disunting mana-mana jejaka di kampungnya.

Lebih manis lagi, mereka saling berhubung melalui Facebook (FB), selain melalui telefon untuk saling mengenali antara satu sama lain sehingga membawa pasangan itu ke jinjang pelamin.



“Inilah detik paling indah dalam hidup saya selepas lebih 30 tahun menunggu jodoh, kehadirannya (Mohd Mounie) cukup bermakna buat diri saya.

“Saya tidak menyesal bertemu jodoh di penghujung usia begini, saya percaya semua ini ketetapan Allah SWT,” katanya ketika ditemui dalam majlis perkahwinannya, di sini, kelmarin.

Semoga berbahagia. Teringat kata kata Ustaz Kasim Alias. Kalau dah jodoh.. pasti bersama.

0 Response to "Datuk lima cucu sunting wanita 54 tahun "