Penjelasan Pemilik Restoran Ali Maju Berkenaan Isu Lap Meja Guna Mop Lantai




Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang pekerja dari restoran Ali Maju di Setiawangsa membersihkan meja menggunakan mop lantai telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap restoran tersebut.


Melalui tulisan yang dikemukakan bersama video itu, pekerja tersebut didakwa menggunakan mop lantai bagi membersihkan meja yang digunakan untuk menebar roti canai.

Dato Ali,pemilik kepada restoran berkenaan telah mengesahkan kejadian tersebut sememangnya terjadi namun, meja yang dimop itu bukanlah meja untuk menebar roti canai tetapi meja yang digunakan untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Dato Ali memberitahu perkara demikian ketika dihubungi melalui Whatsapp.



Selain itu, Dato Ali juga memberitahu dia sudah mengenakan tindakan ke atas pekerja yang membuat perbuatan tersebut

0 Response to "Penjelasan Pemilik Restoran Ali Maju Berkenaan Isu Lap Meja Guna Mop Lantai"