Alor Setar: Seorang peniaga nasi kandar berusia 37 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di Arau, Perlis, Oktober tahun lalu.
Tertuduh Akbar Ali Abdul Rahman yang berasal dari Pulau Pinang kelihatan tenang selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman itu.
Mohd Zaki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Akbar Ali didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di tepi jalan berhadapan kedai Celcom, Kawasan Kompleks Tok Arau, Arau, Perlis, kira-kira jam 9 malam, 12 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.
Related Posts :
Tiga terbunuh, 14 cedera
Sri Aman: Tiga pekerja terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu Sri Aman, di sini, 10.20 … Read More...
Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’Lilit Warna Di Lengan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang melafazkan perkataan ‘al-madad Ya Ra… Read More...
Remaja ‘Dikenduri’ Lima Rakan Teman Lelaki Di Puchong
Padah menumbuk salah seorang rakan kepada teman lelakinya, seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki dalam satu kejadian di … Read More...
Kerang naik darat
Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai… Read More...
13 penuntut sesat
Seremban: Seramai 13 penuntut Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban, sesat di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau s… Read More...
0 Response to "Peniaga nasi kandar ke tali gantung"
Post a Comment