Bapa pelakon kanak-kanak Mia Sara, iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengakui dirinya terkejut dengan laporan gosip di sebuah ruangan pojok tulisan Cik Pang di Harian Metro mengenai sikap anak itu yang hipokrit. Dia berkata yang dia tidak menyangka Mia akan digosipkan sama seperti selebriti dewasa walaupun hanya berusia sembilan tahun.
Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti.
Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.
Ridhuan memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap di lokasi penggambaran:
Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya.
Sukar sebenarnya mahu bercakap mengenai perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kanak-kanak. Hal budak-budak, kata orang. Bagaimanapun, Mia Sara sedang membesar dan persekitaran akan mempengaruhi sahsiahnya. Mungkin sikap Mia Sara yang kurang bercakap itu disalah erti oleh sesetengah pihak. Mungkin jua Mia Sara boleh menunjukkan raut wajah mesra dan senyuman untuk tidak menyinggung mana-mana pihak selepas ini.
0 Response to "Bengang Mia Sara Dituduh Hipokrit, Bapa Bakal Tuntut Di Akhirat"
Post a Comment