Satu berita yang agak trending sekarang ini di twitter yang mana seorang budak yang mendapat keputusan 2A. 2B dan 1C dalam UPSR 2014 kononnya dihadiahkan sebuah iPhone 5s oleh keluarganya.
Menurut blog Melvister.com, apa yang membuatkan orang ramai bertambah cemburu apabila seorang pengguna laman sosial mendakwa ianya adalah Iphone 6 model terbaru Apple.
Namun, Razip (penerima iPhone) bagaimanapun menerusi akaun twitter @radziholmes dengan bangganya menjelaskan bahawa ianya adalah Iphone 5S dan bukannya Iphone 6.
Bagaimanapun apa yang menjadi bualan adalah hadiah itu terlalu mewah untuk seorang budak lepasan UPSR. Semoga dia dapat menjaga hadiah itu sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan. ─ Siakapkeli.com.my
0 Response to "Budak Dapat 2A UPSR 2014 Dapat Iphone 5S Bukan Iphone 6"
Post a Comment