antara sebab lelaki akan keluarkan air mata !



Lelaki dikenali sebagai makhluk yang kuat. Pandai sembunyikan perasaan dan tidak mudah menangis berbanding wanita. Namun, kenyataan ini boleh disangkal kerana terdapat beberapa situasi lelaki akan menangis walaupun mereka sukar menitiskan air mata.
1. Kematian insan yang tersayang :-

Siapakah yang tidak rasa hiba apabila kehilangan orang yang disayangi? Hal ini normal ketika melihat lelaki menangis disebabkan kehilangan orang tersayang, kematian ibu bapa mahupun teman. Jarang sekali lelaki yang tidak menitiskan air mata akibat perkara ini.

2. Kematian haiwan peliharaan :-

Walaupun sekadar haiwan peliharaan, lelaki yang sukakan binatang juga akan menitiskan air mata apabila kehilangan haiwan kesayangan. Terutama apabila haiwan itu sudah lama menghabiskan masa bersama.

3. Melihat orang tersayang sengsara :-

Lelaki walaupun hatinya keras, mereka akan tewas jika melihat kesengsaraan orang tersayang. Mereka pasti menangis apabila teman atau keluarga kesayangan memilih jalan yang salah. Lelaki akan rasa sedih melihat adiknya yang mengambil dadah atau teman wanitanya yang sakit.

4. Ditinggalkan kekasih hati :-

Setiap orang akan rasa sayu dan hiba saat ditinggalkan. Lelaki juga akan tetap menangis apabila ditinggalkan orang tersayang. Akibat kekecewaan dan sakit hati pada tahap kritikal, mereka akan menitiskan air mata kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.

5. Pasukan yang diminati kalah :-

Kajian menunjukkan ramai lelaki yang meminati sukan. Misalnya, bola sepak, badminton, bola keranjang atau sepak takraw. Bagi peminat tegar permainan ini, lelaki akan rasa melahirkan rasa hampa dan menangis kecewa jika pasukan yang diminati kalah dalam pertandingan.

6. Apabila diterima lamaran :-

Lelaki biasanya yang memulakan langkah untuk menambat hati kekasih. Air mata mereka bukan lahir pada saat sedih saja, tetapi juga pada waktu lamaran mereka diterima wanita yang dicintai. Saat yang luar biasa ini menyebabkan lelaki boleh menangis kerana gembira yang teramat.

7. Kelahiran anak pertama :-

Wanita mahupun lelaki pasti gembira jika mendapat sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Terutama kehadiran anak lelaki pertama yang pastinya memberikan impak besar dalam rumah tangga. Lelaki pasti akan menangis tanda gembira melihat anak pertamanya lahir.

0 Response to "antara sebab lelaki akan keluarkan air mata !"