Kanak kanak cedera terkena tembakan guli



Keningau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mungkin buta mata kiri selepas terkena peluru guli daripada senapang angin milik seorang lelaki secara tidak sengaja ketika bermain senjata itu di rumahnya di Kampung Pinipi Lanas, Sook, dekat sini, pada 23 November lalu.



Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga pemilik senjata berkenaan di kampung sama untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


"Sebelum ini polis hanya menerima maklumat menerusi aplikasi Whatsapps berhubung seorang kanak-kanak cedera di mata akibat terkena tembakan guli, namun tiada laporan polis dibuat mengenainya.


"Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan kerana gambar dan maklumat mangsa sudah tersebar luas di media sosial seterusnya membawa kepada penahanan suspek.

"Polis turut merampas beberapa barangan termasuk senapang angin dan guli dipercayai digunakan dalam insiden itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," 

0 Response to "Kanak kanak cedera terkena tembakan guli"