Video Wartawan Cilik Dari Pelestin Merakam Video Layanan Tentera Israel Kepada Mereka



Sungguh hebat dan berani kanak-kanak yang bernama Jana Tamimi, 8, ini apabila telah berani menjadi wartawan merakam aksi layanan tentera Israel terhadap penduduk palestin di kawasan penempatannya iaitu Nabi Saleh, Tebing Barat.



Kalau di negara kita kanak-kanak sebaya dengannya tengah asyik dengan ipad dan aktiviti permainan lain, namun bagi beliau semua itu tidak wujud. Apa yang ada adalah semangat untuk mempertahankan tanah air mereka.

Sambil merekam perbuatan tentera-tentera Israel ini Jana denga berani cuba mengusir mereka dari tanah Palestin yang dijajah dengan berkata, " Palestine Will be free" dan "Never ever, you not a democratic country" kepada tentera-tentera Israel tersebut.

Video yang dirakam olehnya telah dimuat naik ke dalam sebuah portal berita. Memamng hebat kanak-kanak ini dengan usianya baru 8 tahun telah bertindak berani memaparkan kepada dunia layanan yang diterima oleh tentera Israel yang menjajah tanha mereka.

Video yang dirakam Jana seterusnya akan dimuatnaik secara online sebagai laporan berita. Beliau berharap apa yang dibautnya ini dapat ditunjukkan kepada dunia tentang penjajahan ini dan berharap dunia tidak pejam mata.

Tahniah adik, semoga keberanian adik Jana ini akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan.-Siakapkeli.com.my

0 Response to "Video Wartawan Cilik Dari Pelestin Merakam Video Layanan Tentera Israel Kepada Mereka"