Syarat Pertandingan Ditambah Kerana Peserta Guna Cara Kotor – Fizo Omar



Semalam ramai yang mengeluh dan tidak puas hati dengan satu pertandingan yang dijalankan di Fanpage Mawar Fareeda  di mana dikatakan tidak profesional apabila terdapat pertambahan syarat bagi peserta untuk memenangi pertandingan tersebut. Semalam melalui mStar Online Fizo Omar telah membuat penjelasan berhubung pertambahan syarat tersebut yang didakwa terpaksa dilakukan bagi menjadikan pertandingan tersebut lebih adil. Katanya:-

Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.
Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya.
Beberapa peserta pertandingan itu sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati kerana syarat pertandingan yang sering berubah dan tidak profesional.
Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati juga kesal dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.

Asalnya, pemenang pertandingan itu akan diputuskan melalui jumlah like terbanyak untuk gambar peserta yang beraksi seperti Mawar dan Fizo.
Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.
Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.
Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan.
Fizo memberitahu yang dia terharu dengan kesungguhan peserta pertandingan itu yang sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di depan rumahnya.
Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.
Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya.
Tiga pemenang akan memerima hadiah wang tunai berjumlah RM 30, 000 dan produk tudung Fareeda.
Apa pun perkara yang telah berlaku diharap akan dijadikan pedoman untuk pihak Fareeda bagi mempertingkatkan kualiti penganjuran pertandingan lain di masa akan datang.

Sumber: Beautifulnara

0 Response to "Syarat Pertandingan Ditambah Kerana Peserta Guna Cara Kotor – Fizo Omar"