Gaduh sampai mati



Klang: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati manakala seorang wanita rakan senegaranya parah selepas ditetak dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Yusuf Shahabudin 28, Taman Sentosa, Klang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 36 tahun ditemui terbaring di dalam bilik rumah kedai berkenaan dan mangsa wanita berusia 39 tahun ditemui berlumuran darah di tangga premis berkenaan oleh orang awam.

Menurut sumber, mangsa lelaki disahkan mati akibat tetakan di bahagian badan dipercayai menggunakan senjata tajam manakala mangsa wanita kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Sumber berkata, kejadian dipercayai bermotifkan pergaduhan kerana keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan tiada barangan berharga yang dilarikan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.

0 Response to "Gaduh sampai mati"