Tauke Jambu Nafi Beliau Dalam Gambar Bercium



Sebelum ini tersebar tentang bebarapa keping gambar di alam maya gambar seorang artis lelaki yang sedang bercumbuan. Gambar tersebut tersebar selepas dikatakan kad memori artis tersebut telah hilang.


Hari ini ada desas desus mengatakan bahawa lelaki didalam gambar itu adalah Tauke ahli kumpulan Jambu.

Bagaimanapun Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 37, teah tangkas tampil menepis dakwaan ini dan beranggapan ada orang telah berniat jahat untuk menjatuhkan beliau.

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,”

“Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Jadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.” katanya.




Semalam ada sebuah portal hiburan tempatan telah memuat naik gambar tersebut dengan memberi klue bahawa artis tersebut selalu bertukar teman wanita. Atas klue itu ramai peminat telah membuat kesimpulan bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah Tauke.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.” Ujar Tauke lagi.Siakapkeli.com.my

0 Response to "Tauke Jambu Nafi Beliau Dalam Gambar Bercium"