Guru Hantar 36 Pelajar Kutip Hutang





KARACHI: Seorang guru wanita di sini bertindak di luar batas apabia menyuruh 36 orang pelajar perempuan sekolahnya untuk mengepung sebuah rumah milik seorang lelaki yang telah berhutang dengannya.

Guru tersebut, Hameeda teah meminjamkan wang kepada lelaki berkenaan sebanyak RM10,500 dan lelaki tersebut dikatakan tidak mengendahkan untuk membayar wang tersebut.

Kerana berang dia telah menyuruh pelajar-pelajarnya yang berusia 8-14 tahun kerumah lelaki tersebut dan mengepung rumah itu supaya lelaki itu tidak dapat melarikan diri.

Pihak polis yang menerima laporan dari orang ramai telah bergegas ke rumah tersebut untuk menyelamatkan pelajar-pelajar itu.

Mereka semua teah dihantar pulang ke rumah ibu bapa masing-masing dan guru tersebut telah ditahan untuk soal siasat.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Guru Hantar 36 Pelajar Kutip Hutang"