Buru suspek samun warga emas



Kangar: Seorang suspek lelaki berusia lingkungan 30-an diburu polis selepas terlibat dalam lima kes menyamar sebagai polis sebelum menyamun mangsanya yang terdiri daripada warga emas sejak hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, suspek terlibat dalam lima kejadian membabitkan kerugian lebih RM3,000 sejak bulan lalu sehingga semalam.


Menurutnya, suspek menyamar dengan menunjukkan kad kuasa polis palsu sebelum meminta kad pengenalan mangsa.


"Sejurus selepas itu, suspek kemudian mengambil dompet dipegang mangsa sebelum melarikan diri," katanya.


Menurutnya, sembilan kes menyamar sebagi polis dilaporkan membabitkan 10 suspek lelaki sejak April lalu sehingga semalam.

0 Response to "Buru suspek samun warga emas"