Pasir Mas: Dilahirkan berlainan seperti insan normal tidak mematahkan semangat pelajar albino yang juga rabun jauh untuk mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Malah, Niki Amirul Zimi, 12, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, turut diiktiraf pelajar terbaik sekolahnya.
Niki berkata, dia tidak pernah merasa terasing sebaliknya sering bersama rakan lain mengulang kaji pelajaran selain kerap mendapatkan nasihat guru jika ada subjek tidak difahami.
"Saya selalu pastikan kerja sekolah siap sebelum jam 5.30 petang untuk membolehkan saya mengulang kaji pelajaran selepas tamat kelas tambahan.
"Kerap juga saya menghadiri kelas malam dikendalikan guru sekolah selain tidak lupa solat sunat dan berdoa," katanya yang bercita-cita menjadi angkasawan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Response to "Berkat iringi pelajar ‘istimewa’"
Post a Comment