Kepala Lelaki Dalam Karung Sampah, Di Bukit Mertajam



Kejam dan amat mengerikan!
Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan kepala seorang lelaki dalam bungkusan plastik hitam di hadapan sebuah kedai makan kira-kira 4.30 petang, semalam.
Penemuan kepala tersebut disedari oleh pemilik kedai makan tersebut apabila melihat sebuah bungkusan pelik yang ketika sedang menyapu sampah.
NEWS
Pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, memberitahu apa mulanya dia menyangkan bungkusan tersebut mengandungi bom. Bagaimanapun, dia yang berasa cemas membuka plastik tersebut dan mendapati ia mengandungi kepala manusia yang masih berdarah.
Memetik laporan Astro AWANI, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kepala itu ditemui oleh pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5 sebelum memaklumkan kepada polis.
Jelasnya, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan pihak polis mendapati bungkusan itu ditinggalkan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal sebelum beredar kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.
NEWS / METRO
Setakat ini, Mazlan memberitahu pihaknya masih belum dapat mengenalpasti identiti mangsa dan kepala mangsa yang ditemui sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Mayat lelaki itu dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam berdasarkan kesan darah yang masih baru.
Bagaimanapun, pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.
Pada masa sama, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 Response to "Kepala Lelaki Dalam Karung Sampah, Di Bukit Mertajam "