Suspek bunuh pasangan warga emas ditahan



Alor Setar: Polis Kedah berjaya menahan seorang lelaki berusia 30-an selepas disyaki membunuh sepasang warga emas dengan kesan tetakan di tengkuk di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, kira-kira jam 5 petang, semalam.



Mayat Zahari Yahya, 66, dan isteri, Salmah Hussin, 61, dikatakan ditemui anak angkat mereka, ketika lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bekerja di sebuah kilang berdekatan, pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari untuk makan.


Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.


Beliau berkata, soal siasat ke atas anak angkat mangsa yang berusia 20-an membawa kepada tertangkapnya lelaki terbabit yang juga rakannya.


"Polis sedang memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

0 Response to "Suspek bunuh pasangan warga emas ditahan"