Jerman – Penduduk di sebuah bandar di Luckenwalde gempar apabila menyaksikan seekor badak seberat 2.5 tan berjalan-jalan secara bebas di bandar berkenaan tanpa sekatan.
Beberapa penduduk yang panik kemudiannya menghubungi polis.
Selepas polis tiba, barulah mereka mengetahui bahawa badak itu yang digelar Hulk adalah milik Circus Voyage.
Malah badak itu dibawa bersiar-siar di sekitar bandar oleh pemiliknya.
“Pemilik sarkas itu diberi amaran tegas oleh polis bahawa mereka tidak dibenarkan membawa badak berkenaan berjalan-jalan di sekitar bandar.
“Namun pemilik Circus Voyage itu memberitahu dia tidak memahami kenapa penduduk kecoh dengan badak tersebut yang hanya mahu mendapatkan udara bersih,” kata jurucakap polis.
Pemilik sarkas juga menolak untuk merantai badak berusia 34 tahun itu.
Badak yang sama pernah menggemparkan penduduk di Goslar, tiga tahun lalu selepas ia terlepas dari sarkas berkenaan ketika mengadakan persembahan di bandar berkenaan
0 Response to "Penduduk Kecoh Lihat Badak Bersiar-Siar Di Bandar"
Post a Comment