Pengantin Perempuan Tersilap Suami Di Malam Pertama



NAPO, CHINA: Seorang pengantin wanita yang baru selesai melangsungkan majlis perkawinan mengalami mimpi negeri selepas terjaga dari tidur setelah menyedari beliau telah melakukan hubungan seks dengan pengapit pengantin lelaki semalam.


Menurut akhbar Xinhua, Pengantin yang bernama Huang baru sudah mandi telah kembali ke katilnya dan terdapat seorang lelaki di ata katil dengan lampu tertutup. Beliau yang menyangka lelaki itu suami dia terus memulakan aksi suami isteri. Keesokannya paginya beliau terjaga dan terkejut kerana lelaki tersebut adalah pengapit pengantin.

Apabila menyedari kesilapanya dia menjerit meminta tolong dan penghuni rumah mula mengerumuni biliknya. Bagaimanapun selepas berbincang mereka memutuskan yang cadar katil pengantin tersebut itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan lelaki tersebut perlu membayar pampasan kepada pengantin lelaki sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan tersebut bagaimana pun tidak dipersetujui lelaki tersebut dan mendakwa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Mereka telah membuat laporan polis tetapi polis tidak dapat melakukan apa-apa kerana itu adalah kecuaian pihak perempuan itu sendiri dan tidak diklasifikasikan sebagai kes rogol.

Kes tersebut jugak telah dibawa ke mahkamah dan tetap gagal kerana perkara tersebut bukan satu kes rogol tetapi kes kecuaian wanita tersebut sendiri.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Pengantin Perempuan Tersilap Suami Di Malam Pertama"