Lelaki Warga Myanmar Diberkas Kerana Rogol Gadis 14 Tahun



KLANG: Pihak polis semalam telah berjaya memberkas seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai merogol seorang gadis 14 tahun di Taman Sri Andalas, Klang..


Lelaki tersebut telah melakukan penyamaran sebagai anggota polis telah merogol mangsa selepas melihat gadis berkenaan sedang leka dengan pasangannya.

Suspek menghampiri mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis menyebabkan pasangan mangsa melarikan diri meninggalkannya.

Suspek telah mengugut menahan mangsa kecuali mangsa sanggup melakukan seks dengannya. Gadis tersebut kemudian bersetuju mengikut kehendak suspek kerana takut ditahan. Suspek membawa mangsa kedalam semak berhampiran untuk melempiaskan nafsunya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman mengesahkan kejadian ini dan telah menjalankan serbuan sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaransebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran  hasil maklumat orang ramai dan berjaya memberkas suspek.

Pasukan polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Perindustrian Jalan Young di Pandamaran tidak beberapa lama selepas laporan polis berkenaan dibuat dan memberkas suspek.

ACP Kamazul Zaman berkata, suspek ada cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan mengelak daripada ditahan tetapi berjaya ditangkap pada kira-kira pukul 12.20 tengah malam.

Hasil serbuah polis juga berjaya merampas sebuah motosikal curi dan mengesahkan suspek adalah seorang penagih dadah.- Siakapkeli.com.my

0 Response to "Lelaki Warga Myanmar Diberkas Kerana Rogol Gadis 14 Tahun"