Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar


Pelakon Fizo Omar melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan tudung Fareeda dengan memfitnah kononnya mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.



"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?


"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat,"


Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik  Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.


Mungkin dorang ini bergurau saja. Ada betulnya apa yang fizo cakap. Kalau kita pergi ke butik besar sekalipun,tak mungkin perlukan slip gaji untuk membeli tudung. Adalah tidak rasional sekiranya butik berjenama membuat tindakan sedemikian.

Apun fizo, menjadi satu nama besar ini bukanlah perkara mudah. Tabah la ya. 

2 Responses to "Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar"

Anonymous said...

Maybe it means in a sarcastic way.

Anonymous said...

Maybe it means in a sarcastic way.