Sentuhan Gotze 'budak ajaib'


Jurulatih Jerman, Joachim Loew memuji pemainnya 'budak ajaib' Mario Gotze selepas bintang Bayern Munich itu menjaringkan gol masa tambahan untuk membantu Jerman julang Piala Dunia, awal pagi ini.



Gotze yang menggantikan Miroslav Klose membuat jaringan pada minit ke-113 untuk mengatasi Argentina 1-0.

"Dia adalah 'budak ajaib', dia boleh bermain dalam apa jua posisi, memberi impak apabila dimasukkan dan itulah yang dilakukannya hari ini," kata Loew.

Loew bangga dengan kejayaan bersejarah pasukannya yang menjadi pasukan Eropah pertama menang di Amerika Selatan.

"Kami berlatih selama 55 hari namun projek ini dimulakan bertahun dulu dan ini adalah hasil kerja kuat semua pihak.


"Saya rasa kami beraksi dengan baik dalam semua tujuh perlawanan.
Ini adalah hasil semangat berpasukan," katanya lagi.

0 Response to "Sentuhan Gotze 'budak ajaib'"