Astro memberi sokongan kepada Zionis Israel?



Mengejutkan apabila terbaca status dari Dr Asyraf Wajdi Dusuki di mana Astro bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut,

Sedia maklum, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan. ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.



Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.



Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.



Kalau berita ini sahih, nampaknya kami sendiri akan berhenti melanggani astro. Diharapkan pihak astro memberikan penjelasan berkaitan hal ini.


1 Response to "Astro memberi sokongan kepada Zionis Israel?"

Anonymous said...

apa dah jadi....