Kisah Seram Misteri Panggilan Telefon Daripada Arwah

Saya ada pengalaman yang hendak diceritakan kepada korang semua. Tujuan saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan sesiapa.Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa kawan saya.
Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung.

Bila dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit. Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.
Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan adalah “SIM Card” di dalamnya. Sebab nombor saya serta kawan-kawan yang lain ada tersimpan di dalamnya. Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari arwah kawan saya meninggal, salah seorang kawan saya yang bernama Mat telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din yang telah hilang tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah kawan saya yang meninggal dunia hari itu.
Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah arwah. Bukan Mat sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi kawan saya juga telah mendapat panggilan telefon itu. Arwah mengatakan dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu.
Sebulan selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Cerita ini telah dikongsi kan oleh seseorang yang tidak mahu namanya dinyatakan di sini supaya tidak mengaibkan sesiapa.. Dah lama berada dalam draft blog aku.. So hari ni aku kongsikan dengan peminat cerita seram semua.


4 Responses to "Kisah Seram Misteri Panggilan Telefon Daripada Arwah"

Anonymous said...

Bateri habis bodo je -_-

Anonymous said...

bangang abadi

Anonymous said...

Oh cm uw

Anonymous said...

MACAM TAK LOGIK JEEEE