Boleh ke berbekam ketika berpuasa?

Seorang pesakit sedang menjalani rawatan bekam di Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad.

Soalan : Boleh ker berbekam ketika puasa?


: Jawapan 

Berbekam ketika puasa lebih baik 
     
Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya.


Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak.

Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul. "Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit", katanya menjelaskan perkara itu.


Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.


Malah katanya rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.


Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.
"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.        

0 Response to "Boleh ke berbekam ketika berpuasa?"