Saya Tidak Akan Pergi Ke Manchester United - Vidal


Pemain sensasi Juventus, ARTURO Vidal menegaskan dia tidak akan berpindah ke Manchester United musim ini. Pemain antarabangsa Chile ini dikaitkan bakal memecah rekod perpindahan pemain tengah ini  ke Old Trafford dari Juventus. 
Bagaimanapun, Vidal menjelaskan dia akan berbincang dengan bos baharu Bianconeri, Massimiliano Allegri pada Isnin ini dan mendedahkan dia tidak akan menjadi anak buah Louis van Gaal. 

Vidal yang baru saja habis bermain untuk world cup diajukan soalan ketika tiba di lapangan terbang Turin. 

 “Masa depan? Pada Isnin ini saya akan berbincang dengan jurulatih. 

 “Saya berasa gembira dan tidak akan pergi ke Manchester United,” jelasnya.

0 Response to "Saya Tidak Akan Pergi Ke Manchester United - Vidal"