Kemaluan Tersekat Pada Paip Sehingga Terpaksa Dipanggil Bomba


Kemaluannya Tersekat Pada Paip
Ngeri! Itulah ungkapan yang sesuai. Seorang lelaki warga china terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada batang paip. Alasan yang diberikan adalah beliau tergelincir ketika mengecat dinding menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam batang paip.


Kemaluannya Tersekat Pada Paip-1

“Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip.” Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.
Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan “keadaan” itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor. Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
 “Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat. “Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan. “Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk.
Kemaluannya Tersekat Pada Paip-2

Doktor Dewei Yuan berkata, Lelaki tersebut terpaksa behadapan dengan pihak bomba kerana tiada apa yang mampu dilakukan. Pasukan bomba mengambil masa selama 4 jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki terbabit.


0 Response to " Kemaluan Tersekat Pada Paip Sehingga Terpaksa Dipanggil Bomba"