Video Guru Menengking Murid untuk Melihat Tugasan Lukisan Tersebar di Facebook

Foto
"Cakaplah mana lukisan itu...mana...aku nak tengok!!!...melukis tak nak, keluar! sini melukis,"  kata guru itu menerusi paparan video yang menarik perhatian lebih 9,000 pengguna FB.


Video yang dirakam menggunakan telefon bimbit berdurasi dua minit 15 saat itu, guru terbabit dipercayai turut menengking dan cuba mengasari guru besar sekolah berkenaan yang cuba menegur sikapnya.

Video tersebut mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak supaya pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Rosdi Ismail berkata sudah maklum mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan siasatan.
“Pihak kami sudah menerima laporan mengenai tindakan guru terbabit dan kami sedang menyiasat sama ada insiden itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.
"Jika laporan yang kami terima mengesahkan guru berkenaan bertindak kasar terhadap murid dan guru besar sekolah itu seperti didakwa dalam video berkenaan, kami akan mengambil tindakan tatatertib yang bersesuaian terhadap guru itu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, segala keputusan untuk mengambil tindakan kami pertimbangkan selepas mendapat keputusan pihak jawatankuasa tatatertib bagi tindakan selanjutnya.
"Sehingga ini, kami turut memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua pihak yang terbabit termasuk kakitangan dan murid sekolah berkenaan,” katanya.



Sumber : Hmetro

0 Response to "Video Guru Menengking Murid untuk Melihat Tugasan Lukisan Tersebar di Facebook"