
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 11 Ogos 2008M/ 9 Syaaban 1429H telah membincangkan mengenai Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
- Amalan membawa bunga secara sederhana dengan niat mewangikan kawasan kuburan adalah diharuskan; dan
- Amalan membawa kalungan atau jambangan bunga semasa menziarahi kubur adalah dilarang kerana :
- Mempunyai unsur persamaan dengan amalan dan ajaran agama lain.
- Pembaziran yang nyata
Walau bagaimanapun, mesyuarat sebulat suara memohon agar satu garis panduan yang merangkumi peraturan dan panduan mengenai hal ehwal perkuburan disediakan untuk edaran ke seluruh Negeri Sarawak.
Sumber: e-fatwa
0 Response to "Hukum Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur"
Post a Comment