Hukum Keluar Air Mani atau Air Mazi Ketika Puasa

mandi

Soalan : Apa hukumnya keluar air mani atau air mazi ketika puasa? Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau peempuan kerana naik syahwat.


Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang ketika puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. dan perkara sebegini adalah tidak membatalkan puasa. 

Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana  memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa. 

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan badan wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. 

Ustaz Nor Amin.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

0 Response to "Hukum Keluar Air Mani atau Air Mazi Ketika Puasa"