Restoran Ikonik A&W Petaling Jaya Akan Diruntuhkan


Restoran makanan segera A&W yang menjadi mercu tanda di Petaling Jaya akan diruntuhkan selepas pemegang francais A&W Malaysia mengumumkan dua menara pejabat akan dibina di tapak bersebelahan stesen Putra LRT Taman Jaya, lapor The Edge Financial Daily.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Bhd Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, akhbar itu melaporkan pelan pembinaan kompleks yang akan dikenali sebagai Menara KUB diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat.
“Ramai yang berminat dengan tanah itu. Menara itu dibina untuk menambah lagi kepelbagaian pendapatan kami dan membuka nilai potensi kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata, mengenai nasib A&W, restoran akan ditutup pada hujung tahun dan akan dibuka semula selepas bangunan baru disiapkan. Pasaran tanah berdepan Amcorp Mall itu kini dianggarkan bernilai RM25 juta.
Wan Mohd berkata, KUB tidak merancang untuk menjual rangkaian A&W memandangkan restoran itu mengaut keuntungan RM1.89 juta tahun lalu.

0 Response to "Restoran Ikonik A&W Petaling Jaya Akan Diruntuhkan"