Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff Omar Ali selepas pengebumian Allahyarham pada Sabtu lalu.
Aliff bertindak sedemikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun berkenaan dikenang semula. Terdahhulu Allahyarham pernah menjadikan akaun Facebook miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.
Menerusi laman sosial itu juga Sharifah Aini turut menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru dan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum solat Zohor pada hari sama.
Kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia hiburan tanah air sehingga ia menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengucapkan takziah.
Tiada majlis tahlil terhadap Allahyarham kerana majlis seupama itu hanya dianggap sebagai satu amalan.
Sumber : Mstar
Related Posts :
Suasana Sedih Selepas Isteri Ezat Exist Ungkapkan Kata Cinta Di Luar Mahkamah
" I LOVE YOU SO MUCH", itulah kata-kata pertama keluar dari mulut Nor Azeana Ramli selepas melihat kelibat suami tersayang tiba Ezat E… Read More...
Ezat Exist Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah
Beberapa hari sebelum ini, kecoh apabila seorang penyanyi ditahan kerana memiliki syabu di Selayang. Bagaimanapun, artis tersebut telah di… Read More...
Gambar : Sekitar Perkahwinan Syarif Sleeq Dan Malaque Mahdaly
Singapura - Salah seorang penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif, 25, telah sah menjadi suami kepada Malaque Mahdaly, 25, pada jam 10.30 pag… Read More...
6 Gambar Isteri Ezad Exist, Nor Azeana Ramli
Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad mempunyai seorang isteri yang cantik dan agak comel pada pandangan Katak Comel yang bernama Nor Azeana … Read More...
Saya Sedih Apabila Lara Sering Diusik – Scha Al Yahya
Hati ibu mana yang tidak kecewa, sedih dan pilu apabila anak sendiri dikritik dan di’usik’ tanpa sebarang sebab. Niat untuk berkongs… Read More...
0 Response to "Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup"
Post a Comment