Puan Lola Dibebaskan Diikat Jamin oleh Majikan

Ibu remaja OKU diikat jamin

Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.

Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang. Wang tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja. 

Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU, muhammad firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.

Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan) dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai.

Sinar Harian

2 Responses to "Puan Lola Dibebaskan Diikat Jamin oleh Majikan"

Anonymous said...

Kesian puan Lola disebabkan kurang pendedahan bagaimana serta dimana untuk dptkan bantuan serta khimat pendidikan dan penjagaan bago anak OKU, ibu malang ini bertambah malang.

Unknown said...

o0o man.. dia fb ada tudung mahal2 baju mahal, anak punya bj 5 ringgit x leh beli? what the f**k??