Temui ajal lepas solat

Foto
Seorang pesara maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari surau selepas solat Jumaat dalam kejadian di Taman Meru 4, Klang di sini, 2 petang kelmarin.

Mohamad Mohajir Mohammed Mansor, 56, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan. Mangsa yang menunggang motosikal baru keluar dari persimpangan surau berkenaan, manakala pemandu sebuah kereta Perodua Kancil berusia 75 tahun juga baru keluar dari arah yang sama. 

"Pemandu kereta itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya dan terus melanggar mangsa yang sedang menunggang motosikal.
"Berikutan rempuhan itu, mangsa terus terpelanting dan melanggar sebuah lagi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran surau berkenaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

0 Response to "Temui ajal lepas solat"