Seorang kanak-kanak tersepit di dalam mesin basuh selepas memanjat masuk ke dalam mesin basuh ketika ibunya terlepas pandang, menyebabkan dia terperangkap di dalam mesin berkenaan.
Selepas berusaha sedaya upaya selama 30 minit untuk mengeluarkan anaknya, Peng Yang menyerah kalah dan menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan. Walaubagaimanapun, mereka juga tidak berjaya menarik keluar kanak-kanak berkenaan.
Sebagai jalan terakhir, anggota bomba terpaksa memotong mesin basuh berkenaan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.
Menurut bomba, Peng langsung tidak cemas, sebaliknya teruja melihat begitu ramai anggota bomba di rumahnya.
“Saya melihat ibunya yang cemas apabila nampak kami menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong mesin basuh berkenaan. Tetapi semuanya berjalan lancar dan kami berjaya mengeluarkan tong dram mesin basuh itu,” katanya ketika ditemui, semalam. - Agensi
0 Response to "Tersepit dalam mesin basuh"
Post a Comment