Dada Berlubang akibat MERCUN


Dada seorang remaja lelaki berlubang akibat tertusuk serpihan botol plastik manakala pasangan kembarnya cedera di perut selepas mercun buatan sendiri menggunakan belerang dimampatkan di dalam botol plastik dihasilkan mereka meletup di Kampung Bukit Chatak, 11 pagi td.

Serpihan botol plastik di dada Mohd Fahmi Adri, 14, berjaya dikeluarkan sebelum bahagian berlubang dijahit dan keadaannya stabil, manakala kembarnya Mohd Fikri yang cedera di perut turut menerima beberapa jahitan. 
Mohd Fahmi pada mulanya dirawat di Hospitall Dungun sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut, manakala Mohd Fikri hanya dirawat di Hospital Dungun. 

Selain Mohd Fahmi dan Mohd Fikri, dua lagi rakan mereka, Ahmad Alfisyahrin Derasid, 14, dan Muhammad Faiz Izzuddin Ibrahim, 13, yang berada di tempat kejadian cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di
i Hospital Dungun.

Ketika kejadian, seorang daripada kembar itu dikatakan cuba menebuk tudung botol plastik berisi belerang yang dijadikan mercun buatan sendiri untuk meletakkan sumbu sebelum berlaku letupan sehingga mencederakan empat sahabat terbabit.

0 Response to "Dada Berlubang akibat MERCUN"