Wajah Gadis Tercantik Di Sekolah Berubah Gara-Gara Telefon Bimbit



Peribahasa ‘malang tidak berbau’ sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati di jalan raya.
Namun, segelintir pemandu yang tidak beringat sering alpa keselamatan diri dengan dengan sibuk bermain telefon bimbit meskipun ketika sedang memandu. Sedangkan, risiko perbuatan ini diketahui semua orang.
Kini pemandu bukan bukan setakat menggunakan telefon bimbit untuk mengangkat panggilan sahaja malah ada yang sambil memandu sambil balas Whatapps dan paling mengecewakan.. siap  berselfie ketika memandu!

Bagi pemandu dengan tabiat begini, video di atas mungkin boleh jadi pengajaran berguna.
Bermula sebagai gadis cantik yang amat popular di sekolah, gadis ini kehilangan segalanya  gara-gara kemalangan ketika menggunakan telefon bimbit.
Kini dia adalah gadis buta sebelah mata, tidak ada deria rasa dan separa pekak.
liz-marks-car
Semuanya berpunca apabila Liz Marks, membalas mesej seorang rakan ketika sedang memandu.
Menurut Liz, membalas mesej ketika memandu adalah perkara biasa baginya, sama seperti kebanyakan pemandu lain yang turut melakukannya namun kemalangan dialami mengajarnya padah perbuatan tersebut.
Jadi, adakah anda masih berani melakukan tabiat ini?

0 Response to "Wajah Gadis Tercantik Di Sekolah Berubah Gara-Gara Telefon Bimbit"