(Video) Bung Mukhtar Minta Astro Ditutup Kerana Tipu Rakyat & Kerajaan



Selama ini kita sering mendengar aduan-aduan dari pengguna Astro yang mana sering kali mengulang tayang perkara yang sama dan harga langganannya turut meningkat. Selain daripada itu pengguna juga rimas terhadap iklan yang diselitkan ke dalam SLOT yang mana tidak sepatutnya berlaku dalam siaran stesyen televisyen yang berbayar.

Bagaimanapun isu tersebut mendapat perhatian oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar yang mengetengahkan isu ini.

Dalam satu rakaman Dewan Rakyat semalam beliau telah menyuarakan pendapatnya bahawa Astro harus ditutup  kerana telah menipu rakyat serta kerajaan.

Berdasarkan kenyataannya, Astro harus ditutup kerana dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia adalah TV berbayar. ─ Siakapkeli.com.my

0 Response to "(Video) Bung Mukhtar Minta Astro Ditutup Kerana Tipu Rakyat & Kerajaan"