Sungguh Sedih Apabila Seorang Anak Sanggup Membuang Ibunya Dan Menganggap Ibunya Membawa Sial !!!



Sudah jelas lagi nyata bahawa ibulah antara penentu kita masuk ke dalam syurga. Jika seorang anak itu derhaka pada ibunya, maka nerakalah jawabnya.
Kisah yang kami bawakan ini adalah tentang nasib seorang ibu yang telah buang oleh anaknya kerana menganggap dirinya membawa sial. Perkara ini sepatutnya tidak boleh terjadi kerana ia adalah tanggungjawab anak untuk menjaga ibunya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Tergamak apabila seorang anak itu sanggup membuang anaknya semata-mata mahu mengejar harta dunia....

ibu

HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.

Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.

Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.

“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang muallaf cina yang mesra dipanggil Uncle Chan, 80-an.

Dia yang sudah 9 tahun lebih tinggal di pusat jagaan orang tua itu pada asalnya di tinggalkan oleh isteri dan tiga anaknya.

“Sebelumnya saya tiada tempat untuk dituju dan saya berfikir untuk meminta bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan disebabkan saya tiada waris dan anak-anak juga tidak mahu bela saya, jadi mereka hantar saya kesini.

Katanya, anaknya pernah datang sekali sahaja untuk bertemunya kira-kira dua tahun lepas namun mereka datang bukan untuk menziarah tetapi bersebab.

“Anak perempuan saya datang hanya minta tandatangan borang izin kahwin dan selepas itu untuk jual rumah,” katanya yang gembira berada di rumah jagaan itu.

“Saya juga berterima kasih kepada Muji kerana menjaga saya, merawat serta memberi pengisian rohani setiap hari dimana saya dapat belajar mengaji dan mendalami ilmu agama”, katanya yang berasal dari Selangor.

Menurut Muji, Uncle Chan dibuang isteri dan anak-anaknya kerana dia kini tidak punya harta.

“Saya difahamkan, dulu dia orang yang berharta tetapi selepas jatuh bankrap keluarganya tidak mahu membelanya lagi.

“Ketika dihantar oleh pihak MAIS, Uncle Chan sakit terlantar dan tidak punya harta tapi saya pun gembira dapat menjaganya sebab dia tidak mempunyai kerenah”, katanya.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas terletak di Puchong dihuni oleh 66 orang tua yang tiada waris dan di urus secara persendirian oleh Muji dan anak-anaknya.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, ini semua hasil daripada perniagaan restoran saya dan saya sumbangkan kepada orang-orang tua ini untuk mereka meneruskan hidup...

0 Response to "Sungguh Sedih Apabila Seorang Anak Sanggup Membuang Ibunya Dan Menganggap Ibunya Membawa Sial !!!"