Seorang Wanita dijangkiti HIV selepas buat Manicure



UNITED KINGDOM: Seorang wanita berusia 22 tahun disahkan menghidap HIV selepas mendapatkan rawatan kuku dengan menggunakan peralatan yang dikongsi. Menurut doktor, kes ini telah menunjuk satu cara baru penyebaran virus ini dan ia diterangkan secara terperinci dalam sebuah jurnal perubatan.




Bagaimanapun, penyelidik menegaskan penyebaran menerusi peralatan rawatan kuku yang dikongsi sangat jarang berlaku dan risiko untuk menerima jangkitan melalulinya juga sangat rendah.



Apabila didiagnosis, wanita itu didapati mempunyai Advance HIV, menurut laporan dalam jurnal Penyelidikan AIDS dan retrovirus manusia. Tetapi dia tidak mempunyai sebarang faktor risiko biasa untuk memperoleh virus, yang paling biasa dijangkiti melalui hubungan seks tanpa kondom.



Ia juga boleh disebar dengan berkongsi jarum dijangkiti dan alatan suntikan yang lain, dan melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada bayi semasa proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Bagaimanapun, wanita ini ada melaporkan bahawa dia berkongsi peralatan manicure dengan sepupunya yang kemudian disahkan menghidap HIV positif.

0 Response to "Seorang Wanita dijangkiti HIV selepas buat Manicure"