Peluru dalam selut Kampung Belanga Pecah



Mengejutkan apabila sekumpulan nelayan terkejut menemui 1,840 butir peluru hidup yang terbenam di dalam selut di pangkalan nelayan Kampung Belanga Pecah di sini, petang semalam.



Ketua Polis Daerah LANGKAWI Superintenden Harrith Kam Abdullah berkata, sejumlah 920 peluru pertama ditemui dalam sebuah kotak hitam yang terbenam dalam selut pada jam 1 tengah hari manakaka sebahagian lagi ditemui dibungkus dengan plastik merah di kawasan sama pada jam 6 petang.


Katanya, polis percaya penemuan peluru itu ada kaitan dengan kes penemuan beberapa laras raifal Beneli Agro dan pump gun dalam kapal mewah di kawasan sama pada 18 September lalu.

0 Response to "Peluru dalam selut Kampung Belanga Pecah"